Powered By Blogger

Monday, March 15, 2010

Siapa Pelawak di Hati Anda?

Dalam dunia ini, ramai manusia yang sukakan ketawa, gelak-gelak sakan kerana ia dapat menghiburkan hati. Lawak juga boleh dijadikan sebagai mata pencarian hidup. Terdapat pelbagai jenis lawak dan ada sesetengah lawak tidak diterima oleh sesetengah manusia. Kita tidak memerlukan kriteria tersendiri untuk menjadi seorang pelawak, malah idea, kreativiti dan komunikasi antara pendengar perlu dititikberatkan. Dalam pada itu, sesetengah pelawak ada lawaknya yang tersendiri. Contohnya, Stephen Chow dengan lawaknya yang selalu diselitkan dalam filem-filem beliau. Selain itu, terdapat juga pelawak yang hanya bercakap untuk melawak. Contohnya Steve Russel dengan talk-shownya sendiri. Malah, ada juga pelawak yang perlu bergantung antara satu sama lain untuk melawak, iaitu secara berkumpulan. Senario dan Cecupak adalah salah satu contoh lawak secara berkumpulan. Tambahan lagi, di Amerika, lawak yang kurang senonoh banyak diterima oleh masyarakat di sana. Pelawak yang slumber dan terkenal, William Ferrell adalah salah satu contoh bagi kategori ini. Lawak boleh disampaikan dengan pelbagai cara, sama ada melalui lagu, memek muka, bahasa, kelakuan atau lain-lain lagi. Bagi saya, saya lebih suka mendengar lawak dengan cara bahasa kerana ia lebih jelas dan senang untuk difahami. Siapa pelawak di hati saya? Tidak bukan dan tidak sahih lagi, tentulah Stephen Chow. Melawak sampai ke tua. Raja Lawak Dunia.

No comments:

Post a Comment